Surah Al-Ahzab ayat 59 :
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ
“Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan perempuan-perempuan yang beriman bahawa hendaklah mereka melabuhkan jilbab (pakaian yang dipakai di atas baju dan tudung) mereka ke seluruh tubuh mereka, Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenali, maka mereka tidak akan diganggu”
Dugaan Tanda Allah Sayang
Ramai wanita yang telah diuji teruk dalam kehidupan mereka sedar bahawa ujian yang datang itu adalah satu peringatkan kepada mereka untuk lebih dekat dengan yang maha Esa. Sebagai seorang wanita, memelihara kehormatan dengan sempurna merupakan satu tanggungjawab yang sangat penting.
Pun begitu, perubahan penampilan ke arah yang lebih sempurna ini boleh menjadi cabaran yang besar atas pelbagai faktor.

Kekangan Pekerjaan

Malu dengan pasangan, Rakan-rakan & Keluarga

Takut tidak mampu untuk istiqamah
Dan pelbagai lagi dugaan dalam menyempurnakan aurat mereka.
Tetapi ada juga wanita yang memilih untuk melabuhkan tudung mereka kerana ia adalah hanya untuk mengejar fashion dunia yang menjanjikan ketenangan sementara.
Ada yang hanya memakai shawl tetapi lebihan rambut sengaja dikeluarkan bagi memastikan kecantikan dan kepuasan dunia itu dirasai walaupun ia hanyalah seketika.
Sedangkan ketenangan yang dicari hanya boleh dicapai apabila mereka betul-betul ikhlas dan sentiasa mengingati Allah s.w.t.

Surah al-Rad, ayat 28 :
الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا وَتَطْمَىِٕنُّ قُلُوْبُهُمْ بِذِكْرِ اللّٰهِ ۗ اَلَا بِذِكْرِ اللّٰهِ تَطْمَىِٕنُّ الْقُلُوْبُ ۗ
“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.”
Oleh itu sekiranya mereka benar-benar ikhlas, maka amatlah penting untuk mereka memilih tudung yang sempurna dalam menutup aurat.
Kisah mereka
“Madam..Dalam wardrobe saya sebelum ini tak pernah ada tudung yang menepati syariat tapi dalam hati teringin sangat nak pakai tudung yang menutupi dada. Tapi saya malu nak pakai takut orang pandang tudung labuh ini tak cantik banyak persepsi orang saya fikirkan tapi langsung saya tak terfikir persepsi Maha Pencipta kepada saya.
Alhamdulillah dengan berkat doa setiap hari akhirnya urusan hidayah saya dipermudahkan apabila melihat madam kerap membuat video tudung labuh yang menaikkan semangat saya. Kini saya terus dengan istiqamah semoga hijrah ini milik saya hingga akhir hayat insyaAllah.”
Amyra
Johor Bahru
“Dulu pakai tudung malu kalau tak nampak dada rasa selekeh je bila tudung tu tertutup dada tapi sekarang malu tak pakai tudung labuh sebab semua ini Dia yang punya hebatnya hidayahNya.
Sekarang tak pandang dah orang nak kata apa bila saya pakai tudung labuh sebab saya rasa tenang ..orang lain bukan dapat bagi ketenangan yang saya rasakan ini biarlah saya pelihara ketenangan dengan istiqamah saya padaNya”
Fazelah
Kuala Lumpur
penampilan sempurna mengikut
syariat islam
Sekadar bertudung tidak mencukupi, Berikut adalah ciri-ciri tudang yang sempurna untuk menutup aurat.

Wajib Labuh

Tidak Jarang dan Nipis

Tidak Melekat

Tidak tabarruj
Alhamdulillah ramai newbie yang berhijrah kepada tudung yang lebih sempurna, rata rata berkongsi pengalaman yang sama iaitu sukar bercerita atau menggambarkan ketenangan setelah hidayah itu diperolehi.
Hidayah itu rahsia Allah begitu jugalah ketenangan itu bagai dikunci agar mereka yang baru berhijrah itu lebih fokus kepada istiqamah agar kekal dengan hidayah itu tanpa mematah balik kepada penampilan dulu wallahulam.
kisah huda malek niqab

Huda Malek
Founder
Suara pelanggan hm niqab







